Images
  • lee chong wei all england
    Lee Chong Wei meraikan kemenangannya di kejohanan All England. (Gambar: AFP / JUSTIN TALLIS)

Lee Chong Wei mungkin beraksi lagi di All England tahun depan

BIRMINGHAM: Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menyuarakan kemungkinan beraksi lagi di kejohanan All England tahun depan.

Ini selepas beliau menambah koleksi kejuaraan di Kejohanan berprestij itu buat kali keempat di Birmingham.

Chong Wei, jaguh perseorangan Malaysia, berdepan dengan pemain muda dari China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir itu.

Setelah berehat hampir tiga bulan dan mengalami kecederaan lutut bulan lepas, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menundukkan lawannya dengan 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Sepanjang 18 tahun dalam arena badminton, Chong Wei memenangi Kejuaraan All England pada 2011, 2012 dan 2014.

Sebelum ini, beliau pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di All England buat kali terakhir tahun ini. 

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>