Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih 400 belia sertai kejohanan sulung 'Milo Cup'

Lebih daripada 400 pemain bola sepak belia menyertai satu acara yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak, hari ini (29 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih daripada 400 pemain bola sepak belia menyertai satu acara yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak, hari ini (29 Jul).

Kejohanan sulung 'Milo Cup' dianjurkan oleh Milo Singapore.

Seramai 40 pasukan, yang terdiri daripada para pemain berusia tujuh hingga 12 tahun, berkesempatan mempamerkan kemahiran mereka.

Hadiah utama bagi lima pemain terbaik adalah peluang menyertai kem latihan di FCB Escola Soccer School, di Sepanyol.

Institut itu di bawah naungan pasukan bola sepak Barcelona.

Legenda bola sepak Fandi Ahmad merupakan sebahagian daripada panel juri, yang menilai kecerdasan serta kemahiran teknikal para peserta.

"Mereka "team player" bermain untuk pasukan, komunikasi bagus, punya taraf tinggi - kemahiran, disiplin, azam dan dedikasi dan paling penting mereka sering bermain untuk pasukan mereka, bukan untuk diri sendiri," Fandi memberitahu BERITAMediacorp. 

Sumber : CNA/AZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan