Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

La Liga: Valencia terus buru Barcelona, menang 8 kali berturut-turut

Valencia terus mengekori Barcelona dengan hanya empat mata di belakang pendahulu La Liga itu selepas mencatat kemenangan 2-0 semasa menentang Espanyol semalam (19 Nov), dengan Geoffrey Kondogbia dan Santi Mina menjaringkan gol dalam separuh masa kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
La Liga: Valencia terus buru Barcelona, menang 8 kali berturut-turut

Naldo dari Espanyol dan Jeison Murillo dari Valencia cuba mendapatkan bola. (Gambar: LLUIS GENE/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2017 07:50AM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 07:55AM

MADRID: Valencia terus mengekori Barcelona dengan hanya empat mata di belakang pendahulu La Liga itu selepas mencatat kemenangan 2-0 semasa menentang Espanyol semalam (19 Nov), dengan Geoffrey Kondogbia dan Santi Mina menjaringkan gol dalam separuh masa kedua.

Dengan kemenangan itu, Valencia berjaya mencipta rekod baru dengan lapan kemenangan diraih berturut-turut dalam La Liga.

Kini, pasukan pimpinan Marcelino Garcia Toral itu berada enam mata di hadapan Real Madrid yang menduduki tangga ketiga sedang ia bersiap sedia berdepan dengan Barcelona dalam perlawanan bagi merebut tangga teratas liga pada Ahad depan (26 Nov).

“Kami mahu menewaskan Barcelona dan menduduki tangga yang paling tinggi, tetapi kami masih belum dapat menjamin sama ada akan dapat menjulang kejuaraan,” ujar penolong jurulatih Ruben Uria kepada media.

“Pada separuh masa pertama, mereka (Espanyol) menunjukkan prestasi lebih baik daripada kami, tetapi pasukan kami mampu bertahan, mengetatkan cara permainan, menangani tekanan dan bersaing,” kata Mina kepada BeIN Sports Spain. “Pasukan-pasukan hebat juga mencapai kemenangan dengan cara sebegini. Yang penting ialah kami menang.”

Keputusan La Liga Sepanyol:

Malaga 3 Deportivo la Coruna 2
Espanyol 0 Valencia 2
Las Palmas 0 Levante 2
Athletic Bilbao 1 Villarreal 1

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan