Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

La Liga: Real Madrid kalah mengejut 2-1 di tangan Girona

 Real Madrid kalah mengejut 2-1 dalam perlawanannya menentang Girona semalam (29 Okt). Perlawanan itu berlangsung sedang Catalonia dilanda huru-hara politik di luar padang bola.

Anggaran Waktu Membaca:
La Liga: Real Madrid kalah mengejut 2-1 di tangan Girona

Luka Modric dari Real Madrid giat menepis bola. (Gambar: JOSEP LAGO/AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 07:56AM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 08:00AM

GIRONA, SEPANYOL: Real Madrid kalah mengejut 2-1 dalam perlawanannya menentang Girona semalam (29 Okt). Perlawanan itu berlangsung sedang Catalonia dilanda huru-hara politik di luar padang bola.

Cristhian Stuani dan Portu menjaringkan gol pada separuh masa kedua, sekaligus menyekat peluang Real Madrid untuk mencatat kemenangan setelah Isco menjaringkan gol pada awal perlawanan. Real Madrid kini ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona yang mendahului La Liga selepas 10 perlawanan.

Semalam merupakan kali pertama Real Madrid membuat penampilan di wilayah yang dilanda krisis politik itu sejak pungutan suara yang dijalankan pada 1 Oktober lalu dicemari keganasan yang menyebabkan krisis politik di Sepanyol.

Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane kini semakin gusar dengan jarak lapan mata yang memisahkan juara bertahan itu dengan Barca yang terus mengukuhkan kedudukannya di persada liga.

Dalam perlawanan pertama Girona dengan juara Eropah itu, pasukan tersebut kelihatan lebih giat menyerang sejak awal perlawanan. Malangnya, percubaan Pablo Maffeo pada minit ke-12 gagal meraih gol untuk pasukan itu.

Beberapa saat kemudian, Real Madrid pula yang menjaringkan gol apabila Isco menyambar bola dari Bono yang cuba menghalang rembatan Cristiano Ronaldo daripada menembusi gawang Girona.

Girona tetap menguasai perlawanan itu dan sejurus sebelum separuh masa pertama tamat, tandukan Portu hampir-hampir masuk ke gawang tetapi terkena tiang.

Nasib Real Madrid ibarat sudah jatuh ditimpa tangga setelah pemain pertahanannya Raphael Varane mengalami kecederaan pada separuh masa kedua.

Keputusan perlawanan La Liga:

Getafe 2 Real Sociedad 1
Girona 2 Real Madrid 1
Eibar 2 Levante 2
Malaga 2 Celta Vigo 1 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan