Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

La Liga: Pemain simpanan bantu Real tewaskan Fuenlabrada

Real Madrid memulakan kempen Copa del Rey dengan mencatat kemenangan 2-0 semasa menentang Fuenlabrada semalam (26 Okt) menerusi dua tendangan penalti pada separuh masa kedua yang dijaringkan oleh Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

Anggaran Waktu Membaca:
La Liga: Pemain simpanan bantu Real tewaskan Fuenlabrada

Marco Asensio menggelecek bola ketika berhadapan dengan Fran Garcia. (Gambar: FRANCISCO SECO/AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2017 07:56AM Dikemas Kini : 27 Oct 2017 08:00AM

MADRID: Real Madrid memulakan kempen Copa del Rey dengan mencatat kemenangan 2-0 semasa menentang Fuenlabrada semalam (26 Okt) menerusi dua tendangan penalti pada separuh masa kedua yang dijaringkan oleh Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

Dalam pertemuan dengan pasukan dari divisyen tiga itu, pengurus Real Madrid Zinedine Zidane merehatkan bintang-bintangnya seperti Christiano Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Isco dan Sergio Ramos. Mereka tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Namun, pemain-pemain Real Madrid gagal menambat hati Zidane dan juga para peminat pasukan tersebut dengan permainan yang hambar pada 45 minit pertama. Hanya satu percubaan oleh Marcos Llorente dari luar petak penalti yang mengancam Jordi Codina, penjaga gawang Fuenlabrada.

Akhirnya, Fuenlabrada sendiri yang membantu Real Madrid mara ke pusingan seterusnya dengan Fran Garcia menjatuhkan Achraf Hakimi sejurus selepas satu jam permainan berlangsung. Asensio kemudian meraih gol pertama bagi pasukan tuan rumah itu dengan menyempurnakan tendangan penaltinya.

Permainan menjadi bertambah rancak dan Codina berjaya menyelamatkan dua rembatan dari Borja Mayoral.

Namun, gol kedua Real Madrid dijaringkan melalui satu lagi tendangan penalti, 12 minit selepas Paco Candela menjatuhkan Theo Hernandez dan diperintah keluar padang menyusuli kad kuning kedua yang diterimanya.

Keputusan perlawanan lain Copa del Rey:

Lleida 0 Real Sociedad 1

Girona 0 Levante 2

Deportivo La Coruna 1 Las Palmas 4

Fuenlabrada 0 Real Madrid 2

Tenerife 0 Espanyol 0 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan