Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

La Liga: 2 gol Messi tundukkan Real Madrid dalam 'El Clasico'

Messi memecahkan rekod tiga tahun tanpa gol menentang Madrid untuk menyamakan kedudukan selepas Casemiro menjaringkan gol pertama Madrid dalam separuh masa pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
La Liga: 2 gol Messi tundukkan Real Madrid dalam 'El Clasico'

Pemain midfield Barcelona Ivan Rakitic (kanan) meraikan jaringan dengan rakan sepasukan. (Gambar: AFP/GERARD JULIEN)

Diterbitkan : 24 Apr 2017 08:53AM Dikemas Kini : 24 Apr 2017 08:57AM

MADRID: Lionel Messi menjaringkan golnya yang ke-500 untuk Barcelona pada saat terakhir perlawanan bagi memberi kemenangan 3-2 ke atas Real Madrid pada Ahad (23 Apr).

Ini sekaligus akan menyengitkan lagi persaingan merebut mahkota La Liga musim ini.

Messi memecahkan rekod tiga tahun tanpa gol menentang Madrid untuk menyamakan kedudukan selepas Casemiro menjaringkan gol pertama Madrid dalam separuh masa pertama.

Jaringan rakan sepasukan Ivan Rakitic dan dengan kapten Madrid Sergio Ramos dikeluarkan padang kerana mengasari Messi membantu Barcelona mencapai keputusan itu.

Ini walaupun, penyerang Madrid James Rodriguez masuk padang untuk menyelamatkan Madrid.

Bagaimanapun, Messi memastikan keputusan berpihak dengan Barcelona melalui jaringan dalam masa tambahan untuk memberikan harapan kepada Barcelona menjadi juara La Liga buat tiga musim berturut-turut. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan