Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kontrak jurulatih pasukan tenis meja wanita S'pura tidak dilanjutkan

Kontrak ketua jurulatih pasukan tenis meja wanita negara Chen Zhibin tidak akan dilanjutkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kontrak jurulatih pasukan tenis meja wanita S'pura tidak dilanjutkan

Ketua jurulatih pasukan tenis meja wanita negara Chen Zhibin. (Gambar: Singapore Table Tennis Association)

SINGAPURA: Kontrak ketua jurulatih pasukan tenis meja wanita negara Chen Zhibin tidak akan dilanjutkan dan beliau akan meninggalkan pasukan itu apabila kontraknya tamat menjelang hujung bulan depan, menurut Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA) malam Isnin (27 Feb).

Kontrak Chen berakhir pada 31 Mac dan beliau akan kembali ke Jerman untuk bersama keluarganya di sana, tambah STTA dalam satu catatan Facebook.

Chen menggantikan jurulatih sementara Liu Jiayi selepas beliau dilantik ketua jurulatih pasukan wanita negara pada Februari 2016.

Pasukan wanita itu meminta Chen dilantik, menyusuli pertengkaran antara pemain Yu Mengyu dan bekas ketua jurulatih Jing Junhong.

Chen menyelia pasukan itu semasa mereka gagal mempertahankan pingat gangsa Olimpik mereka di Rio de Janeiro pada Ogos 2016.

Ini apabila para pemain yang terdiri daripada Feng Tianwei, Yu Mengyu, Zhou Yihan dan Yu Mengyu kalah 1-3 di tangan pasukan Jepun dalam perlawanan untuk menentukan pingat gangsa.

STTA menyatakan ia akan mencari calon untuk mengisi jawatan ketua jurulatih. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan