Images
  • world cup
    Trofi Piala Dunia FIFA.

Kiraan detik sudah bermula; lagi setahun sebelum Piala Dunia FIFA

BRAZIL: Hanya setahun lagi sebelum Piala Dunia FIFA bakal berlangsung di Rusia.

Lagenda Brazil Pele turut bantu melancarkan satu acara di Red Square mengira detik permulaan kejohanan tersebut.

Dalam sesi temubual bersamanya, Pele berkata beliau berharap Rusia dan Brazil akan bertemu di peringkat akhir tahun depan.

Piala Dunia 2018 akan bermula pada 14 Jun tahun hadapan. Pasukan Rusia akan memulakan perlawanan tersebut di Stadium Luzhniki di Mosko.

Peringkat akhir perlawanan itu juga akan berlangsung di stadium tersebut, pada 15 Julai.  

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top