Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy mohon maaf atas kesilapan bendera Indonesia dalam buku panduan Sukan SEA

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy mohon maaf atas kesilapan bendera Indonesia dalam buku panduan Sukan SEA

Buku panduan yang menunjukkan bendera Indonesia terbalik. (Gambar: Twitter/@imam_nahwari)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 07:26AM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 07:30AM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau berkata kesilapan itu tidak disengajakan.

“Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” katanya.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya sebagai jawapan kepada catatan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi mengenai kesilapan demikian.

Dalam buku panduan itu, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Sumber : Bernama/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan