Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khairy: Isi 'Pendrive' setebal 279 muka surat, beri saya masa

Khairy Jamaluddin hari ini (29 Ogos) berkata bahawa beliau memerlukan waktu untuk membaca isi kandungan yang ada dalam 'pendrive'.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy: Isi 'Pendrive' setebal 279 muka surat, beri saya masa

Gambar fail Encik Khairy Jamaluddin. (Gambar: TODAY/The Malaysian Insider)

Diterbitkan : 29 Aug 2016 10:46PM Dikemas Kini : 29 Aug 2016 10:47PM

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin hari ini (29 Ogos) berkata bahawa beliau memerlukan waktu untuk membaca isi kandungan yang ada dalam 'pendrive' yang diserahkan kepadanya oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut beliau 'pendrive' itu - yang dikatakan mengandungi maklumat salah laku, termasuk kegiatan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - setebal 279 muka surat dan beliau baru sahaja mula membaca sedikit semalam (28 Ogos), lapor New Straits Times.

"Terdapat 279 muka surat dalam 'pendrive' ini. Ia diserahkan kepada saya pada hari Jumaat (26 Ogos). Saya ada sedikit masa pada hujung minggu, namun saya terlibat dengan beberapa program seperti FitMalaysia pada hari Sabtu (27 Ogos) dan satu lagi acara pada sebelah malamnya," kata beliau.

Encik Khairy meminta supaya beliau diberi waktu yang mencukupi untuk meneliti isi kandungan 'pendrive' tersebut, menurut NST.

"Saya baru sahaja mula membacanya malam semalam. Anda perlu beri saya waktu untuk membaca keseleruhannya. Ia setebal 279 muka surat, bukan 20 muka surat. Saya akan berikan maklumat berhubungan isi 'pendrive' ini (setelah saya selesai membaca)."

Tunku Ismail meyerahkan 'pendrive' tersebut kepada Encik Khairy pada Jumaat (26 Ogos), di Istana Bukit Pelangi, Johor Baru.

Pada bulan Julai, Tunku Ismail melaporkan bahawa beliau mempunyai 'pendrive' yang mengandungi bukti amalan rasuah dalam FAM sejak 30 tahun dan ia diberikan kepada beliau oleh rakan-rakan yang berpangkat tinggi, lapor New Straits Times

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan