Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ketua Eksekutif Formula One digantikan

Perubahan itu diumumkan oleh syarikat Liberty Media, setelah ia selesai membeli F1 pada harga berbilion dolar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2017 08:34PM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 09:55PM

LONDON: Sukan lumba kereta Formula One mempunyai Ketua Eksekutif baru.

Rakyat Amerika Syarikat, Chase Carey menggantikan Bernie Ecclestone yang menerajui siri pertandingan itu hampir 40 tahun.

Perubahan itu diumumkan oleh syarikat Liberty Media, setelah ia selesai membeli F1 pada harga berbilion dolar.

Proses pembelian itu selesai, lima hari selepas badan pentadbir sukan bermotor (FIA) meluluskan penjualan F1 kepada Liberty Media, syarikat Amerika yang melabur dalam bidang hiburan dan sukan.

Liberty Media tidak mendedahkan alasan Encik Ecclestone, 86 tahun, digantikan.

Bagaimanapun syarikat itu menyatakan rakyat Britain tersebut akan menjadi Pengerusi Emeritus F1, jawatan baru yang dibentuk sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada pertandingan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan