Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan M'sia tarik diri dari F1 tidak mengejutkan, kata bekas pelumba Alex Yoong

Langkah untuk menghentikan Grand Prix Malaysia daripada jadual Formula One (F1) sudah dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan M'sia tarik diri dari F1 tidak mengejutkan, kata bekas pelumba Alex Yoong

Pelumba Kimi Raikkonen beraksi semasa di Grand Prix Malaysia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2017 10:46AM Dikemas Kini : 08 Apr 2017 10:47AM

SINGAPURA: Langkah untuk menghentikan Grand Prix Malaysia daripada jadual Formula One (F1) sudah dijangkakan kerana "sebahagian besarnya hanya satu taktik pemasaran", kata bekas pelumba F1 Malaysia Alex Yoong.

Yoong, warga Malaysia pertama yang berlumba dalam perlumbaan F1, memberitahu rancangan PrimeTime Asia terbitan Mediacorp bahawa perlumbaam tahunan itu bertujuan untuk meletakkan Malaysia di persada dunia.

"Ia adalah taktik pemasaran selama 20 tahun dan ia tidak boleh bertahan selama-lamanya. Saya sudah dapat merasakan yang ia akan berakhir juga sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Yoong yang berlumba bagi pasukan Minardi pada tahun 2001 dan 2002.

LANGKAH ITU MEMANFAATKAN S'PURA?

Menurut penganalisis perniagaan sukan Deloitte James Walton, keputusan Malaysia untuk tidak meneruskan dengan F1 dapat memberi manfaat dan kelebihan kepada Singapura dalam perbincangan kontraknya dengan pemilik baru F1, Liberty Media, untuk melanjutkan tempoh Grand Prix Singapura.

Kontrak F1 Singapura akan berakhir pada tahun ini dan dengan keputusan Malaysia untuk menarik diri daripada Grand Prix Sepang, Walton berpendapat Singapura akan menjadi satu-satunya perlumbaan F1 di Asia Tenggara.

"Saya rasa F1 mahu mengekalkan Grand Prix ASEAN. Bagaimanapun, mereka juga perlu mengaup keuntungan, mereka harus memastikan bahawa mereka mendapat keuntungan yang baik dari sudut yuran pelesenan," kata Walton.

"Mungkin keadaan ini akan mengukuhkan kedudukan Singapura, namun ia masih terlalu awal untuk meramalkan cara pemilik baru itu menguruskan rundingan mereka." 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan