Images
  • team sg
    Acara perasmian bagi kempen '#OneTeamSG Ready for KL'. (Gambar: Sport Singapore/Fiona Hakim)

Kempen 'OneTeamSG Ready for KL' dilancarkan bagi sokong atlit Team Singapore

SINGAPURA: Satu kempen seluruh negara dilancarkan bagi menyokong para atlit Team Singapore ke Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang akan bermula kurang tiga bulan lagi di Kuala Lumpur.

Kempen 'OneTeamSG Ready for KL' diterajui 10 atlit Team Singapore yang berjaya meraih pingat semasa kejohanan serantau itu dua tahun lalu.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu melancarkan kempen itu di perkhemahan Team Singapore, yang diadakan sepanjang dua hujung minggu untuk 500 atlit bagi mengeratkan hubungan mereka menjelang Sukan SEA.

Cik Fu menggesa para atlit supaya lebih aktif bagi menarik sokongan orang ramai dan menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk dicapai dalam kejohanan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, jersi Team Singapore edisi 2017 turut didedahkan kepada umum dan boleh dibeli mulai 20 hari bulan ini.  

- CNA/im

Komen Anda?

Top