Images
  • jonathan rea
    Gambar: Facebook

Kejohanan Dunia Superbike: Rea juara lumba pertama di Qatar

QATAR: Jonathan Rea unggul dalam perlumbaan pertama pusingan terakhir musim ini di Qatar.

Rea sebelum ini sudahpun meraih kejohanan ketiganya.

Namun kemenangan Rea kali ke-53 ini meletakkannya di hadapan Troy Bayliss dalam senarai Juara Kejohanan Sedunia Superbike.

Setelah menang lima daripada enam perlumbaan yang lalu, Rea tidak menghadapi kesukaran mendahului para peserta lain.

Malah, Rea turut mencatat rekod pusingan terpantas.

Chaz Davies menduduki tempat kedua manakala Tom Sykes menyusulnya.

Davies kini berada 10 mata di hadapan Sykes menjelang perlumbaan penentuan malam ini (4 Nov).

- CNA/AA/sm

Komen Anda?

Top