Images
  • fernando torres
    Pasukan paramedik dan para pemain memerhatikan keadaan Fernando Torres yang pengsan semasa perlawanan. (Gambar: REUTERS/Miguel Vidal)

Keadaan Fernando Torres semakin stabil selepas pengsan semasa perlawanan

SEPANYOL: Keadaan pemain penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres sudah semakin stabil selepas dia jatuh pengsan semasa perlawanan kelabnya menentang Deportivo la Coruna.

Kepala Tores 32 tahun, dilanggar pemain Deportivo, Alex Bergantinos, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Akibatnya Torres jatuh terbaring dan kelihatan tidak sedarkan diri.

Para pemain dari kedua-dua kelab segera bertindak menarik perhatian pasukan perubatan untuk mereka yang terbabit.

Ada juga para pemain yang kelihatan menangis selepas itu.

Untuk memberikan penghormatan, para penyokong Deportivo memberi tepukan sambil berdiri ketika Torres diusung keluar padang.

Menurut kelab Atletico, Torres menjalani beberapa ujian di hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan trauma di otaknya, tidak seperti yang dikhuatiri sebelum ini.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top