Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kategori baru OCBC Cycle 2017: 4 anggota kayuh 10 pusingan 400 meter di Hab Sukan S'pura

Acara berbasikal OCBC Cycle tahun ini akan mempunyai kategori pertandingan baru untuk syarikat-syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2017 06:04PM Dikemas Kini : 09 Jul 2017 10:30PM

SINGAPURA: Acara berbasikal OCBC Cycle tahun ini akan mempunyai kategori pertandingan baru untuk syarikat-syarikat.

Bagi kategori itu pasukan-pasukan yang terdiri daripada empat anggota yang akan mengayuh basikal sebanyak 10 pusingan di litar 400 meter di Hab Sukan Singapura.

Pasukan yang mencatat masa paling pantas akan menjadi juaranya.

Pengumuman itu dibuat di majlis pelancaran rasmi acara OCBC Cycle 2017 pada Jumaat lalu.

Lebih 100 orang datang mendaftar untuk menyertai acara itu yang berlangsung pada 18 dan 19 November.

Kesemuanya ada 11 kategori untuk disertai orang ramai, bersifat perlumbaan atau santai.
Pihak penganjur berharap dapat menarik sehingga 32 syarikat untuk menyertai kategori pertandingan korporat.

Pusingan awal akan diadakan pada 2 dan 30 September di litar Stadium Negara untuk memilih enam pasukan teratas.

Setiap hari, tiga pasukan akan maju untuk ke peringkat akhir pada 18 November.  

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan