Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih Home United Aidil Sharin diburu 3 pasukan M’sia

Bekas pemain kebangsaan Singapura dan jurulatih Home United, Aidil Sharin dikatakan sedang diintai tiga pasukan Liga Super Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Home United Aidil Sharin diburu 3 pasukan M’sia

Jurulatih Home United, Aidil Sharin. (Gambar: sleague.com)

Diterbitkan : 08 Nov 2017 07:40AM Dikemas Kini : 08 Nov 2017 07:56AM

MALAYSIAKINI: Bekas pemain kebangsaan Singapura dan jurulatih Home United, Aidil Sharin dikatakan sedang diintai tiga pasukan Liga Super Malaysia.

Menurut Fox Sport Asia, salah satu pasukan itu adalah Kelantan yang dikatakan sedang mencari pengganti untuk Zahasmi Ismail, yang akan tamat kontrak bulan ini.

Dua lagi pasukan yang dikaitkan dengan khabar angin itu adalah Felda United dan PKNS FC, yang masing-masing menamatkan kempen Liga Super 2017 di tangga ketiga dan ketujuh, seperti ditukil Malaysiakini.

Menurut laporan sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih belum pasti dengan status Zahasmi dan hanya akan membuat keputusan pada bulan ini.

Di bawah bimbingan Aidil, Home United kini berada di tangga ketiga Liga Singapura dan menamatkan kempen Piala AFC di perlawanan akhir Zon ASEAN.

Corak permainan kelab itu yang bebas dan menyerang menarik peminat bola sepak tempatan, apatah lagi dengan kadar jaringan lebih 90 gol dalam 40 perlawanan.

Menurut Malaysiakini, Aidil ketika dihubungi laman itu enggan mengulas lanjut dan hanya berkata beliau kini menumpukan sepenuh perhatian dengan kelab bimbingannya.

"Bermain dari bahagian bawah adalah matlamat kami musim ini, dan untuk menjaringkan lebih 90 gol dalam 40 perlawanan adalah pencapaian baik untuk semua pemain.

"Berbaki dua perlawanan lagi, saya berharap dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang," ujar Aidil, seperti dipetik Malaysiakini.

Jika Aidil benar-benar berhijrah ke pasukan Liga Super tahun depan, beliau bakal menyusuli jejak dua lagi bekas pemain kebangsaan iaitu Fandi Ahmad dan V Sundramoorthy beberapa tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan