Jupp Heynckes dilantik semula jurulatih Bayern Munich
Bayern Munich melantik semula Jupp Heynckes sebagai ketua jurulatih pasukan di Jerman, itu sehingga akhir musim ini
MUNICH: Bayern Munich melantik semula Jupp Heynckes sebagai ketua jurulatih pasukan di Jerman, itu sehingga akhir musim ini.
Inilah kali keempat Heynckes, 72 tahun, memimpin juara Bundesliga itu.
Beliau menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat bulan lalu selepas Bayern kalah 0-3 di tangan pasukan Perancis, Paris Saint-Germain.
Dalam tahun 2013, di bawah kepimpinan Heynckes, Bayern berjaya merangkul tiga kejuaraan - Liga Juara-juara Eropah, Bundesliga dan Piala Jerman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.