Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling, Theresa Goh, Laurentia Tan diiktiraf dalam Dewan Kemasyhuran Sukan S'pura

Perenang negara, Joseph Schooling dan Theresa Goh, serta atlit sukan tunggang kuda, Laurentia Tan, disertakan ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan pada Selasa (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Joseph Schooling, Theresa Goh, Laurentia Tan diiktiraf dalam Dewan Kemasyhuran Sukan S'pura

(dari kiri) Joseph Schooling, Cik Grace Fu, Laurentia Tan dan Theresa Goh. (Gambar: Chelsea Fuchs)

Diterbitkan : 08 Aug 2017 03:54PM Dikemas Kini : 08 Aug 2017 04:06PM

SINGAPURA: Perenang negara, Joseph Schooling dan Theresa Goh, serta atlit sukan tunggang kuda, Laurentia Tan, disertakan ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan pada Selasa (8 Ogos).

Dewan tersebut yang ditubuhkan pada 1985 memberikan penghargaan kepada para atlit ulung yang mempamerkan prestasi yang "cemerlang dalam sukan dan membanggakan seluruh rakyat Singapura," menurut Sport Singapore dan Team Singapore dalam satu kenyataan media.

Ketiga-tiga atlit itu menyertai senarai 52 atlit, termasuk pemenang tiga pingat emas Sukan Paralimpik Yip Pin Xiu dan pemain tenis meja Feng Tian Wei.

Schooling mencipta sejarah apabila beliau meraih pingat emas pertama Singapura dalam acara renang gaya kupu-kupu 100m di Sukan Olimpik Rio 2016.

Perenang negara itu berkata ia merupakan satu "penghargaan tertinggi" untuk disertakan ke dalam Dewan Kemasyhuran pada usia 22 tahun. "Ini bukan setakat satu penghargaan atas pencapaian peribadi saya,ia juga bagi sokongan padu keluarga saya, teman dan pembimbing yang sudah berbakti kepada perjalanan sukan saya...Saya berharap akan dapat terus memecahkan rekod baru untuk terus menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya, percaya bahawa mereka boleh mempunyai impian yang tinggi dan menjadikan impian mereka itu sebagai satu realiti," tambahnya.

Goh yang berusia 30 tahun berkata: "Ia benar-benar merupakan satu penghormatan untuk disertakan ke dalam Dewan Kemasyhuran, dan untuk berada di kalangan beberapa orang yang mengagumkan yang sudah memainkan peranan penting dan akan tetap terus memainkan peranan dalam landskap sukan Singapura masa kini."

Sumber : CNA/UR/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan