Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling pecahkan rekod kedua di kejohanan renang AS

Pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura Joseph Schooling memecahkan satu lagi rekod sukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Feb 2017 01:17PM Dikemas Kini : 25 Feb 2017 09:07PM

SINGAPURA: Pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura Joseph Schooling memecahkan satu lagi rekod sukan itu.

Beliau mencatat masa 44.06 saat untuk memenangi acara 90 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Renang dan Terjun Cantik Big 12 2017 di Austin, Texas hari ini (25 Feb).

Schooling, seorang penuntut Universiti Texas, memecahkan rekod lama 44.62 - yang juga dicatat beliau tahun lalu - hanya 0.05 saat lebih perlahan daripada masa peribadi terbaik beliau iaitu 44.01 saat.

Kejohanan Big 12 adalah kejohanan sukan yang melibatkan 10 kolej yang berpangkalan di Texas, dan beliau pernah meraih gelaran Atlit Baru Terbaik Tahun 2015.

Schooling menjadi tumpuan dunia apabila beliau mengalahkan perenang legenda Amerika Syarikat Michael Phelps di Sukan Olimpik Rio tahun lalu dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu untuk menjadi juara Olimpik pertama Singapura.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan