Images
  • schooling (1)
    Gambar fail Joseph Schooling dalam acara kuak kupu-kupu. (Gambar: AFP) 

Joseph Schooling pecahkan rekod Asia & S'pura bagi 50m gaya kupu-kupu di Budapest

SINGAPURA: Jaguh Olimpik Singapura Joseph Schooling berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara gaya kupu-kupu 50 meter lelaki dalam Kejohanan Dunia FINA di Budapest hari ini (23 Jul).

Walaupun menduduki tempat ketiga dalam saringan tersebut, Schooling berjaya mencatat rekod baru Asia dan Singapura bagi acara tersebut.

Schooling yang berusia 22 tahun mencatat masa 23.05s dalam perlumbaan di Hungary itu. Rekod sebelum ini iaitu 23.25 saat beliau catat pada Ogos 2015.

Masa yang dicatat itu juga merupakan masa peribadi terbaik Schooling yang akan bersaing dalam acara kuak kupu-kupu 100m dan 200m dan juga 100m gaya bebas di kejohanan berkenaan.

Pusingan separuh akhir bagi acara tersebut akan berlangsung lewat hari ini.

Schooling berada di tempat ketiga dalam pusingan kelayakan beliau, di belakang Andrii Govorov dari Ukraine dan Caeleb Remel Dressel dari Amerika Syarikat yang juga akan bersaing dengannya pada pusingan separuh akhir.

- CNA/ru

Komen Anda?

Top