Images
  • Schooling
    Joseph Schooling. (Gambar: AFP/Odd Andersen)

Joseph Schooling diiktiraf dalam senarai Forbes Bawah Usia 30 Tahun Asia

SINGAPURA: Pada usia 21 tahun, Joseph Schooling adalah antara yang termuda berjaya memasuki senarai 30 Forbes Bawah Usia 30 Tahun Asia, satu senarai dikeluarkan setiap tahun bagi mengiktiraf mereka yang paling berpengaruh pada masa ini dalam 10 buah industri.

Schooling memenangi pingat emas Olimpik pertama Singapura di Rio pada tahun 2016.

Pada tahun yang sama, mahasiswa Universiti Texas itu juga mengalahkan perenang legenda Michael Phelps dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu, sekaligus mematahkan percubaan Phelps untuk mendapat pingat emas Olimpiknya yang ke-23.

Di Singapura, Schooling menerima sambutan meriah termasuk perarakan kemenangan dan ganjaran "penerbangan percuma seumur hidup" daripada AirAsia.

Secara keseluruhan 300 individu disenaraikan dalam senarai majalah itu.

Penolong Profesor John Ho dari Universiti Nasional Singapura (NUS), yang membuat "kajian mengenai teknologi tanpa wayar bagi bioelektronik" juga disertakan dalam senarai tersebut. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top