Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Johor bakal miliki stadium RM450 juta jelang 2019

Johor maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola sepak paling moden di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM450 juta (S$146 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Johor bakal miliki stadium RM450 juta jelang 2019

Stadium tersebut dijangka siap pada Februari 2019. (Gambar: JOHOR Southern Tigers/ Facebook)

Diterbitkan : 08 Jun 2017 11:01AM Dikemas Kini : 08 Jun 2017 11:12AM

PETALING JAYA: Johor maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola sepak paling moden di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM450 juta (S$146 juta).

Dalam petikan laporan mStar, Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu, yang bakal menjadi mercu tanda baru negara, juga mendapatkan khidmat arkitek dari England.

Menurut kemas kini yang dikongsi melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu (7 Jun) sudahpun mendengar taklimat mengenai struktur dan rekaan dalaman terkini stadium berkenaan yang akan dibina di Iskandar Puteri, Johor.

"Taklimat tersebut diberikan oleh pereka bentuk dalaman dari England yang menerangkan bahawa reka bentuk stadium baru ini dibuat berlandaskan konsep penentuan, fokus, berani, transformatif, berbeza dan pertimbangan.

"Rakyat Johor perlu berbangga kerana stadium bola sepak termoden ini terletak di negeri Johor. Luaskan Kuasamu Johor," menurut catatan tersebut, seperti ditukil mStar.

Menurut laporan mStar, stadium tersebut dijangka siap pada Februari 2019.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan