Images
  • japan ball
    Ketua jurulatih pasukan Jepun Vahid Halilhodzic (kanan) dan pemain Keisuke Honda selepas perlawanan menentang Australia. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Jepun berjaya layakkan diri bagi Piala Dunia 2018

SAITAMA: Pasukan Jepun berjaya melayakkan diri untuk bertanding dalam Piala Dunia tahun depan.

Ini berikutan kejayaannya mengalahkan Australia dalam pusingan kelayakan Kumpulan 'B' di Stadium Saitama, Jepun.

Pasukan Australia dan Jepun perlu menang dalam perlawanan itu bagi menjamin tempat ke Piala Dunia tahun depan.

Jepun membuka tirai jaringan pada minit ke-41 menerusi Takuma Asano dan keputusan 1-0 itu kekal hingga akhir babak pertama.

Pasukan Samurai Biru menjamin tempatnya ke Piala Dunia di Rusia hasil jaringan Yosuke Ideguchi pada minit ke-82 untuk menjadikan keputusan muktamad 2-0.

Jepun merupakan pasukan pertama dalam kumpulan 'B' layak ke Piala Dunia.

Para penyokong Jepun di ibu kota Tokyo membanjiri lintasan terkenal Shibuya untuk meraikan kejayaan pasukan mereka.

Inilah kali ke-6 berturut-turut, Jepun bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia.

Australia pula perlu mengalahkan Thailand pada Selasa ini (5 Sep) untuk ke Rusia tahun depan.

- BERITAMediacorp/MU/ru

Komen Anda?

Top