Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT beri wang kemenangan Piala M'sia kepada mangsa banjir Pulau Pinang

Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyerahkan wang kemenangan kejohanan berprestij itu kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
JDT beri wang kemenangan Piala M'sia kepada mangsa banjir Pulau Pinang

JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0. (Gambar: JOHOR Southern Tigers/ Facebook)

Diterbitkan : 08 Nov 2017 09:06AM Dikemas Kini : 08 Nov 2017 09:10AM

JOHOR: Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyerahkan wang kemenangan kejohanan berprestij itu kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, seperti dipetik Astro Awani, mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin (6 Nov).

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

“YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,” menurut kenyataan tersebut, dalam petikan laporan Astro Awani.

Dalam pada itu, di ruangan komen pengguna media sosial memuji tindakan kelab bola sepak tersebut, termasuk rakyat Pulau Pinang sendiri.

Rata-rata, menurut Astro Awani, mereka kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan kelab bola sepak tersebut.

Catatan tersebut juga sudahpun dikongsi lebih 2,600 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik kelmarin.

JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan