Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jaguh Olimpik Schooling bertemu dengan idolanya Eden Hazard

Namun semasa beliau berbual dengan seorang daripada pemain bola sepak kegemarannya, Eden Hazard, jelas kelihatan jaguh renang Singapura itu tertawan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jaguh Olimpik Schooling bertemu dengan idolanya Eden Hazard

Juara Olimpik Joseph Schooling berbual dengan pemain Chelsea, Eden Hazard. (Gambar: Chelsea FC/ Facebook)

Diterbitkan : 26 Apr 2017 10:11AM Dikemas Kini : 26 Apr 2017 02:13PM

SINGAPURA: Kita jarang sekali melihat juara Olimpik negara Joseph Schooling tertawan.

Namun semasa beliau berbual dengan seorang daripada pemain bola sepak kegemarannya, Eden Hazard, jelas kelihatan jaguh renang Singapura itu tertawan.

Chelsea FC memuat naik temu bual itu di laman Facebooknya pada Selasa (25 Apr) yang diadakan apabila Schooling mengunjungi pusat latihan pasukan itu di Cobham, England, pada awal bulan ini.

Schooling tersipu-sipu menceritakan tentang kemenangan beliau ke atas legenda Olimpik Michael Phelps dalam acara 100m gaya kupu-kupu di Rio de Janeiro Ogos lalu.

Namun wajah Schooling yang berusia 21 tahun berseri-seri apabila ditanya mengenai perasaannya tentang Chelsea beraksi di Singapura pada Julai nanti, sebagai sebahagian daripada jelajah pra-musim kelab England itu.

Mereka bagaimanapun tidak dapat bertemu lagi apabila Hazard berada di Singapura - Schooling memberitahu bahawa beliau akan bersaing di kejohanan dunia di Budapest semasa Chelsea berada di Singapura.

Namun Schooling menyarankan agar Hazard mencuba makanan tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Singapura.

Hazard secara berseloroh menjawab: "Apa-apa yang kami boleh makan, saya akan menjadi yang pertama (untuk mencubanya)."

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan