Images
  • joseph schooling
    Gambar fail Joseph Schooling di Sukan Olimpik Rio 2016. (Gambar: AFP/Christophe Simon)

Jaguh Olimpik S'pura Joseph Schooling pecahkan rekod ke-3 dalam 3 hari

SINGAPURA: Jaguh Olimpik negara Joseph Schooling mengakhiri kejohanan renang Big 12 dengan memecahkan satu lagi rekod - kali ini, sebagai sebahagian daripada pasukan acara gaya bebas 4x90 meter pada hari ini (26 Feb).

Schooling yang menjadi perenang pertama pasukan itu, mencatat 42.24 saat bagi membantu pasukannya Texas Longhorns mencatat rekod baru 2 minit 48.66 saat. Ia memecahkan rekod lapan tahun iaitu 2 minit 49.17 saat.

Rekod baru itu adalah rekod ketiga yang dipecahkan Schooling di kejohanan Big 12 - satu sidang atletik 10 kolej yang berpangkalan di Texas, dan yang mana Schooling pernah menggondol gelaran Atlit Baru Terbaik Tahun 2015.

Mahasiswa Universiti Texas itu memecahkan rekod acara gaya kupu-kupu 90m pada Jumaat (24 Feb) dan acara gaya bebas 25m pada Khamis (23 Feb).

- CNA/ru

Komen Anda?

Top
>