Images
  • schooling milo
    Joseph Schooling dan ibunya berinteraksi di majlis Skype MILO. (Gambar: MILO Singapore)

Jaguh Olimpik Joseph Schooling sedia untuk tawan Kejohanan Dunia FINA, Sukan SEA 2017

SINGAPURA: Juara Olimpik Joseph Schooling sudah bersedia untuk Kejohanan Dunia FINA yang akan datang dan juga Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Bapanya, Colin Schooling berharap anaknya akan dapat menghadiahkan satu kemenangan kepada Singapura.

Di pelancaran terbaru produk Milo Gao Siew Dai, siang tadi (7 Jul), Joseph Schooling diperkenalkan sebagai duta Milo Singapura yang baru.

Kerjasama ini adalah antara Milo, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan juga Sukan SEA yang bakal menjelang.

Produk terbaru milo mengandungi kadar gula yang kurang dan lebih protein.

Ia sejajar dengan matlamat Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan warga Singapura.

Joseph Schooling dipilih Milo kerana dia memaparkan ciri-ciri kesungguhan dan daya yang dianjurkannya.

Bercakap semasa panggilan Skype daripada Texas, Joseph mendedahkan dia akan bertanding dalam enam kategori di Sukan SEA kelak. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top