Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ISTAF semak semula video, siasat pasukan sepak takraw Indonesia tinggalkan gelanggang

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada pengadil dan menonton ulang tayang video sebelum membuat sebarang keputusan  berhubung tindakan skuad sepak takraw wanita Indonesia meninggalkan gelanggang semasa perlawanan  menentang Malaysia, semalam (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
ISTAF semak semula video, siasat pasukan sepak takraw Indonesia tinggalkan gelanggang

Jurulatih dan pemain sepak takraw Indonesia meninggalkan gelanggang. (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 05:52PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 05:54PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada pengadil dan menonton ulang tayang video sebelum membuat sebarang keputusan  berhubung tindakan skuad sepak takraw wanita Indonesia meninggalkan gelanggang semasa perlawanan  menentang Malaysia, semalam (20 Ogos).

Setiausaha Agung ISTAF Abdul Halim Kader berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana pasukan Indonesia boleh menggunakan saluran yang betul seandainya ingin melakukan protes dan bukannya  bertindak memberhentikan perlawanan dan meninggalkan stadium begitu sahaja. 

“Jadi kita akan meneliti semua laporan daripada pengadil termasuk melihat kepada ulang tayang video sebelum menjatuhkan hukuman terhadap republik itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Menurutnya, Indonesia mungkin melakukan kesalahan di bawah paraturan 9.7 buku teknikal sepak takraw yang dikeluarkan oleh MASOC (Jawatankuasa Pengelola Malaysia).

Insiden itu berlaku sebagai tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan  pengadil  Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan oleh tekong dari negara itu, Lena, ketika mendahului set kedua dengan 16-10.

Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan  kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan keputusan 22-20.

Sementara itu, isu penarikan diri pasukan Kemboja dalam acara beregu berpasukan lelaki hari ini tidak  akan diambil tindakkan oleh ISTAF.

Menurut Encik Abdul Halim, Kemboja sejak dari perlawanan pertama menentang Thailand sudah menyatakan hasrat tidak akan beraksi  untuk keseluruhan acara berkenaan kerana mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan