Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Inilah dia peninju berhijab pertama di Amerika, Amaiya Zafar

Namun perlawanan Sabtu lalu (29 Apr) merupakan yang pertama baginya setelah berjaya meyakinkan pihak berkuasa supaya mengubah peraturan yang melarang peserta daripada memakai pakaian yang menutup kepala atau lengan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2017 06:05PM Dikemas Kini : 02 May 2017 10:45PM

AMERIKA SYARIKAT: Sejarah tercipta apabila seorang peninju muslimah menjadi peserta pertama memakai hijab semasa menyertai satu pertandingan di Amerika Syarikat.

Amaiya Zafar, 16 tahun, sudah hampir empat tahun menceburi bidang tinju.

Namun perlawanan Sabtu lalu (29 Apr) merupakan yang pertama baginya setelah berjaya meyakinkan pihak berkuasa supaya mengubah peraturan yang melarang peserta daripada memakai pakaian yang menutup kepala atau lengan.

Buat masa ini, pengecualian tersebut hanya dibenarkan bagi pertandingan-pertandingan di dalam negeri.

Dalam pertandingan bersejarah itu, Amaiya kalah di tangan lawannya hanya selepas 10 minit ia berlangsung.

Namun baginya, keputusan itu tidak sepenting jika dibandingkan dengan pencapaiannya untuk bertanding sebagai seorang peserta berhijab.

Amaiya juga berharap dapat diberikan lebih peluang untuk bertanding, terutamanya di peringkat antarabangsa, selain menjadi inspirasi kepada para wanita lain yang berminat dalam sukan tinju.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan