Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Imbuhan RM50,000 bagi setiap pemain jika Kedah julang Piala Malaysia

Para pemain Kedah dijanjikan RM50,000 (S$16,000)setiap seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Imbuhan RM50,000 bagi setiap pemain jika Kedah julang Piala Malaysia

Gambar: Lang Merah Fans Club / Facebook

Diterbitkan : 04 Nov 2017 04:19PM Dikemas Kini : 04 Nov 2017 04:24PM

SHAH ALAM: Para pemain Kedah dijanjikan RM50,000 (S$16,000)setiap seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini (4 Nov).

Ia dijanjikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menghargai perjuangan skuad Lang Merah itu.

Kedah akan bertemu JDT pada dalam peringkat akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

"Selain imbuhan kewangan, KFA turut akan membawa pasukan Kedah untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pemain," katanya dalam sidang media bagi majlis makan tengah hari bersama pemain dan pegawai pasukan Kedah.

Jika menang, Datuk Seri Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri itu akan turut mengumumkan esok (5 Nov) sebagai cuti peristiwa.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan