Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hyundai Motors penaja bersama baru Liga S

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Liga S mengumumkan bahawa syarikat Hyundai Motors menjadi penaja bersama baru nama kejohanan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyundai Motors penaja bersama baru Liga S

Hyundai Motors penaja bersama baru Liga S. (Gambar: FAS)

Diterbitkan : 23 Feb 2017 08:17PM Dikemas Kini : 23 Feb 2017 08:20PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Liga S mengumumkan bahawa syarikat Hyundai Motors menjadi penaja bersama baru nama kejohanan itu.

Syarikat pengeluar kereta Korea Selatan itu akan menjadi penaja tersebut selama dua tahun.

Hyundai Motors menggantikan syarikat Yeo's, penaja bersama nama kejohanan itu sepanjang 13 tahun lalu.

Liga itu kini dikenali sebagai Liga S Great Eastern-Hyundai.

Awal bulan ini, syarikat Great Eastern mengumumkan bahawa ia melanjutkan perjanjiannya dengan Liga S selama dua tahun lagi.

Menurut laporan tajaan itu dianggarkan bernilai hampir $1 juta.

Musim baru Liga S bermula Ahad ini dengan perlawanan antara Albirex Nigata dengan Tampines Rovers di Stadium Negara.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan