Images
  • Lewis Hamilton
    Lewis Hamilton. (Gambar: FERENC ISZA / AFP)

Hamilton 'terpaksa tunggu' seminggu sebelum diisytihar juara F1 kali ke-4

BRITAIN: Pelumba pasukan Mercedes Lewis Hamilton perlu menunggu seminggu lagi sebelum boleh diisytiharkan sebagai juara dunia buat kali keempat dari Britain.

Ini meskipun Hamilton meraih kemenangan kelima dalam masa enam tahun di Grand Prix Amerika di Austin, Texas semalam (22 Okt).

Bagaimanapun dengan kemenangan itu, Hamilton kini 66 mata di hadapan pencabar terdekatnya Sebastian Vettel dari Ferrai dengan baki tiga perlumbaan musim ini.

Hamilton, 32 tahun, dijangka memastikan kejuaraannya musim ini di perlumbaan F1 di Mexico City.

Dia hanya perlu menduduki tempat kelima untuk menjadi juara dunia kali ini.

Pasukan Mercedes telahpun menjuarai kategori pembuat kereta buat kali keempat berturut-turut. 

- Agensi berita/AA/nk

Komen Anda?

Top