Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hafizh Syahrin Abdullah raih tempat ke-3 kategori Moto2 Grand Prix Jepun

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan dengan meraih tempat ketiga dalam kategori Moto2 di Grand Prix Jepun di litar Twin Ring Motegi hari ini (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Hafizh Syahrin Abdullah raih tempat ke-3 kategori Moto2 Grand Prix Jepun

Hafizh Syahrin dengan trofinya. (Gambar: AFP / TOSHIFUMI KITAMURA)

Diterbitkan : 15 Oct 2017 06:11PM Dikemas Kini : 15 Oct 2017 08:54PM

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan dengan meraih tempat ketiga dalam kategori Moto2 di Grand Prix Jepun di litar Twin Ring Motegi hari ini (15 Okt).

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 32 minit 12.035 saat melibatkan perlumbaan 15 pusingan manakala dua pelumba Sepanyol – Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS dan Xavi Vierge dari Tech 3 Racing mendapat tempat dua teratas.

Marquez merekodkan masa 32:08.901 saat dan Vierge mencatat 32:10.366 saat.

Hafizh Syahrin sujud selepas menang tempat ketiga Moto2 Grand Prix Jepun. (Gambar: AFP / TOSHIFUMI KITAMURA)

Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh Syahrin selepas memenangi kedudukan yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano di Itali bulan lalu.

Hafizh Syahrin mengumpul 16 mata dan memperoleh tempat ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2, dengan 82 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team menamatkan perlawanan pada tangga ke-23 dengan masa 32:59.432 saat.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan