Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS digesa beri tumpuan kepada pembangunan belia

Encik Lim juga mendedahkan bahawa kedua-dua SportSG dan FAS sedang berbincang tentang apakah langkah terbaik untuk memajukan bola sepak Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS digesa beri tumpuan kepada pembangunan belia

Para pemain Young Lions (jersi merah) kecewa selepas kalah kepada Malaysia di Sukan SEA 2017. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 11:27AM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 11:31AM

SINGAPURA: Sedang bola sepak Singapura terus terkial-kial di pentas serantau dan antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Sport Singapore (SportSG) Lim Teck Yin menggesa sukan itu supaya memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan pembangunan belia.

Lantaran itu, lebih banyak sumber akan disalurkan untuk meningkatkan usaha ini sedang Pemerintah cuba mengubah nasib pasukan negara.

Encik Lim juga berkata model ekosistem bola sepak masa ini, yang termasuk Liga-S, tidak membuahkan hasil.

Ini dibuktikan dengan keputusan pasukan negara pelbagai peringkat usia baru-baru ini.

Ini termasuk pasukan Young Lions yang tersingkir di peringkat kumpulan Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.

Encik Lim berkata demikian beberapa hari selepas media melaporkan bahawa pendanaan bagi Liga-S - yang diperuntukkan dari Tote Board tetapi diagihkan SportSG - mungkin dikurangkan hampir 50 peratus kepada S$8.5 juta mulai musim depan.

Bagaimanapun, Encik Lim percaya tumpuan bola sepak Singapura haruslah mengenai meningkatkan pembangunan belia sedang beliau menggesa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan majlis baru FAS supaya membangunkan pelan jangka panjang berdasarkan matlamat itu.

Apabila ditanya jika pengurangan dana Liga-S akan menghalang para belia memburu kerjaya profesional dalam bola sepak, Encik Lim menjawab model liga yang ada kini membuktikan ia "tidak menggalak bakat-bakat untuk terus bermain".

Encik Lim juga mendedahkan bahawa kedua-dua SportSG dan FAS sedang berbincang tentang apakah langkah terbaik untuk memajukan bola sepak Singapura. 

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan