Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FAS akan tubuhkan 2 kelompok rundingan untuk naikkan piawai bola sepak S'pura

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini (12 Mac) menyatakan ia akan menubuhkan dua kelompok rundingan untuk membawa masuk kedua-dua akademi bola sepak privet dan awam di Singapura untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem bola sepak yang lebih besar.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS akan tubuhkan 2 kelompok rundingan untuk naikkan piawai bola sepak S'pura

Akademi Bola Sepak ActiveSG dan FAS mengumumkan akan menggabungkan program-program cilik untuk menubuhkan Program Active Cubs. (Gambar: Hafiz Ma'il)

Diterbitkan : 12 Mar 2017 03:17PM Dikemas Kini : 12 Mar 2017 03:19PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini (12 Mac) menyatakan ia akan menubuhkan dua kelompok rundingan untuk membawa masuk kedua-dua akademi bola sepak privet dan awam di Singapura untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem bola sepak yang lebih besar.

Tujuannya ialah untuk fokus terhadap mengumpulkan sumber-sumber dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk menentukan dan meningkatkan piawai bola sepak di sini.

Kedua-dua kelompok rundingan itu - sebuah kelompok untuk pertubuhan-pertubuhan bukan mencari untung dan satu lagi untuk akademi-akademi bola sepak privet - akan ditubuhkan dalam beberapa bulan ini.

Langkah itu dijalankan sebagai respons terhadap laporan-laporan baru-baru ini bahawa Akademi Bola Sepak ActiveSG menjejas mata pencarian sesetengah akademi bola sepak privet kerana menawarkan yuran lebih murah dan jurulatih-jurulatih lebih terkenal.

Inisiatif tersebut diumumkan di Pesta Bola Sepak ActiveSG, di mana Akademi Bola Sepak ActiveSG dan FAS mengumumkan mereka akan menggabungkan kedua-dua program cilik untuk menubuhkan Program Active Cubs.

Program Active Cubs akan memperhalusi program-program bola sepak akar umbi yang sedia ada di Singapura.

Diterajui mantan pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Aleksander Duric, Akademi Bola Sepak ActiveSG mempunyai lapan pusat latihan di serata negara, dengan lebih 600 peserta.

Ketua ActiveSG, Lai Chin Kwang berkata: "Menerusi kolaborasi dengan FAS, kami berharap dapat mendekati lebih ramai kanak-kanak untuk membantu mereka belajar dan bermain bola sepak menerusi program yang dimampui namun bermutu tinggi."

ActiveSG akan menguruskan dan mengendalikan program-program Active Cubs sementara FAS akan fokus terhadap meningkatkan jumlah jurulatih akar umbi yang ditauliahkan FAS.

FAS akan mengawal selia mutu latihan bola sepak menerusi pelbagai program latihan dan kursus pentauliahan.

Michael Sablon, Pengarah Teknikal FAS berkata: "Sedang lebih ramai belia mula bermain bola sepak, bilangan jurulatih akar umbi juga perlu meningkat untuk memenuhi permintaan yang bertambah.

"Adalah penting untuk memastikan para jurulatih itu tidak mengendalikan terlalu banyak peserta supaya setiap kanak-kanak dapat menerima perhatian yang secukupnya. Program Active Cubs kami menuruti nisbah ketat maksimum 1:12 jurulatih kepada pelajar, dan kami mahu semua program akar umbi juga menurutinya."

Michel akan juga membangunkan sukatan pelajaran nasional untuk menentukan dan menaikkan piawai bola sepak belia. Ini termasuk mengajar kemahiran teknikal sejak usia kecil lagi dan membangunkan cara permainan ala Singapura yang dikenali seluruh Singapura.

Akademi Bola Sepak ActiveSG juga mengumumkan perkongsian dengan Hougang United hari ini. Ia akan menjadi pusat latihan ke-9 untuk Akademi Bola Sepak ActiveSG.

Sport Singapore dan Persatuan Rakyat juga sedang berbincang untuk meneroka peluang bagi Akademi Bola Sepak ActiveSG bekerjasama dengan Program Bola Sepak Kanak-Kanak PAssion oleh Persatuan Rakyat. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan