Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAM bantu lunaskan hutang pasukan Liga-M bernilai RM9 juta

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengeluarkan wang simpanannya bagi melunaskan hutang yang ditanggung 24 pasukan Liga-M berjumlah RM9 juta (S$2.9 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
FAM bantu lunaskan hutang pasukan Liga-M bernilai RM9 juta

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (berkaca mata hitam). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Apr 2017 05:52PM Dikemas Kini : 08 Apr 2017 05:59PM

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengeluarkan wang simpanannya bagi melunaskan hutang yang ditanggung 24 pasukan Liga-M berjumlah RM9 juta (S$2.9 juta).

Dalam petikan laporan mStar, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata langkah itu diambil untuk memastikan pasukan Liga-M menyelesaikan hutang kepada pemain.

Keputusan itu menyaksikan 12 pasukan Liga Super menerima RM500,000 (S$160,000), manakala 12 pasukan Liga Premier akan mendapat RM250,000 (S$80,000) setiap pasukan.

"Kita mahu pasukan-pasukan ini menyelesaikan bayaran yang tertunggak kepada pemain mereka, jadi kami perlu mengeluarkan wang daripada deposit tetap. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku tetapi kami mahu menamatkannya dengan segera," kata Tunku Ismail, dalam tukilan laporan mStar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco FAM pada Sabtu (8 Apr).

Presiden FAM itu berkata: "Pasukan Liga-M akan diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikannya selepas mereka telah menerima pembayaran daripada FAM. Jika mereka gagal, tindakan akan diambil terhadap mereka.

"Pasukan yang ingkar akan berhadapan pengurangan mata dan akan tersingkir daripada Liga-M jika mereka gagal menjelaskan yuran mereka. Ini adalah amaran terakhir daripada kami," kata Tunku Ismail, menurut laporan mStar.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan