Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Verstappen juarai GP terakhir M'sia

Pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia 2017 di Litar Sepang, hari ini (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Oct 2017 05:43PM Dikemas Kini : 01 Oct 2017 10:47PM

SEPANG: Pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia 2017 di Litar Sepang, hari ini (1 Okt).

Rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo menamatkan saingan itu di tempat ketiga.

Pendahulu kejuaraan tersebut, Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas menduduki tempat kedua pada perlumbaan berkenaan.

Grand Prix F1 edisi Malaysia itu adalah yang terakhir setelah kerajaan negara itu memutuskan untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan tersebut.

Pada 7 April, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan F1 tahun depan selepas kerajaan bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjurannya.

Kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan penurunan ketara hasil pulangan kepada negara berbanding dengan kos penganjurannya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan