Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Hamilton rangkul kejohanan musim ini

Pelumba Mercedes Lewis Hamilton merangkul kejohanan musim ini di Grand Prix Mexico meskipun hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Hamilton rangkul kejohanan musim ini

Lewis Hamilton. (Gambar: FERENC ISZA / AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 08:44PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 08:45PM

MEXICO: Pelumba Mercedes Lewis Hamilton merangkul kejohanan musim ini di Grand Prix Mexico meskipun hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Hamilton bertembung dengan Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari, di selekoh pertama sebelum kedua-duanya ketinggalan di belakang para pelumba lain.

Tetapi Hamilton berjaya bangkit semula dari kedudukan terakhir sebelum menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan.

Vettel bagaimanapun terpaksa mengaku kalah kepada Hamilton meskipun berjaya menduduki tempat keempat.

Ini kerana Vettel perlu menduduki sekurang-kurangnya tangga kedua untuk terus memberikan saingan kepada Hamilton.

Akhirnya Hamilton tetap unggul dengan kelebihan 56 mata di hadapan Vettel bagi meraih kejohanan dunia yang keempat.

Pelumba Red Bull Max Verstappen yang dahulu mencecah garisan penamat di Mexico, diikuti oleh Valtteri Bottas.

Kimi Raikkonen di tempat ketiga. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan