Images
  • hamilton
    Lewis Hamilton meraih kejayaan mendapat petak pertama di Grand Prix AS. (Gambar: MARK THOMPSON/AFP)

F1: Hamilton mula di petak pertama di Grand Prix AS

AUSTIN, TEXAS: Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan Grand Prix Amerika di petak pertama sekali gus mencerahkan harapannya untuk meraih kejohanan F1 yang keempat di litar Austin.

Pesaing terdekatnya, pelumba Ferrari Sebastian Vettel, berada di petak kedua tetapi kini berada 59 mata di belakang Hamilton.

Hamilton, yang memburu kejohanan kelima F1 dalam masa enam tahun ini, akan dinobatkan sebagai juara jika dia berjaya meraih 16 mata di hadapan Vettel.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, akan memulakan perlumbaan F1 Amerika di petak ketiga.

- CNA/AA/sm

Komen Anda?

Top