Images
  • hamilton
    Pemandu lumba kereta F1 Lewis Hamilton (kanan) dengan Sebastian Vettel. (Gambar: AFP/JOHN THYS)

F1: Hamilton buru kemenangan di S'pura

SINGAPURA: Pelumba kereta F1 Lewis Hamilton akan cuba sedaya upaya untuk menyekat Sebastian Vettel daripada menjadi juara dunia dengan mengalahkan Vettel dalam perlumbaan di Singapura.

Ini dua minggu selepas kemenangan beliau di Monza, Itali, menjejas sambutan ulang tahun Ferrari.

Hamilton menjadi pilihan kedua, di belakang pasukan Ferrari dan Vettel untuk memenangi perlumbaan di Singapura, dengan Vettel memenangi empat daripada sembilan perlumbaan di sini.

Namun kemenangan yang tidak dijangka di Monza memberikan Hamilton kelebihan tiga mata ke atas pelumba pasukan Ferrari itu.

Kemenangan Hamilton di Monza bukan saja menjejas sambutan ulang tahun ke-70 Ferrari tetapi juga diejek para peminat.

Satu lagi kekalahan di tangan Hamilton dalam perlumbaan di Singapura akan meranapkan peluang Ferrari untuk menjuarai F1 buat pertama kali dalam masa 10 tahun. 

- AFP/RU/ru

Komen Anda?

Top