Images
  • suzuka

F1: Hamilton berjaya rebut petak pertama di Jepun

JEPUN: Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes akan bermula dari petak pertama dalam perlumbaan Grand Prix Jepun esok (8 Okt).

Dalam perlumbaan pusingan kelayakan di Litar Suzuka siang tadi (7 Okt), Hamilton mencatat masa terpantas 1 minit 27.319 saat.

Bahkan catatan masanya itu yang terpantas di Suzuka sejauh ini.

Valtteri Bottas, juga dari Mercedes, mencatat masa kedua terpantas.

Namun dia terpaksa bermula dari petak ke-7 akibat didenda kerana kesalahan menukar kotak gear.

Petak kedua menjadi milik Sebastian Vettel dari Ferrari yang mencatat masa ketiga terpantas dalam pusingan kelayakan ini. 

- CNA/MU/sm

Komen Anda?

Top