Images
  • bottas
    Valterri Bottas menyambut kemenangannya di Grand Prix F1 di Yas Marina. (Gambar: GIUSEPPE CACAE/AFP)

F1: Bottas kalahkan Hamilton dalam perlumbaan akhir; Mercedes julang kejuaraan

ABU DHABI: Valtteri Bottas berjaya mengatasi persaingan daripada rakan sepasukannya dari Mercedes dan juara F1 Lewis Hamilton untuk memenangi perlumbaan terakhir musim ini.

Bottas yang memulakan perlumbaan di petak pertama di litar Yas Marina mengekalkan kelebihan 2.5 saat di hadapan Hamilton dan hanya melakukan satu "pit stop" dalam pusingan ke 20.

Pelumba dari Finland itu dapat bertahan di tempat pertama sehingga tamat perlumbaan meskipun Hamilton nampaknya lebih pantas semasa separuh kedua perlumbaan.

Namun Mercedes tetap menggondol dua tempat pertama di Abu Dhabi.

Sementara itu, pelumba Ferrari Sebastian Vettel meraih tempat ketiga.

Ini merupakan kemenangan ketiga Bottas sejak menyertai pasukan Mercedes.

Tetapi secara keseluruhannya, Hamilton tetap unggul dengan 363 mata, Vettel di tangga kedua 12 mata di belakang manakala Bottas di tangga ketiga. 

- CNA/AA/sm

Komen Anda?

Top