Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Esther Lai raih pingat emas pertama S'pura di kejohanan lawan pedang Asia

Pemain pedang muda negara Esther Lai meraih pingat emas pertama Singapura di kejohanan bermain pedang bagi remaja Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Esther Lai raih pingat emas pertama S'pura di kejohanan lawan pedang Asia

Pemain pedang muda negara Esther Lai meraih pingat emas pertama Singapura di kejohanan bermain pedang bagi remaja Asia. (Gambar: Fencing Singapore)

Diterbitkan : 02 Mar 2017 11:07AM Dikemas Kini : 02 Mar 2017 11:16AM

SINGAPURA: Pemain pedang muda negara Esther Lai meraih pingat emas pertama Singapura di kejohanan lawan pedang bagi remaja Asia.

Kejayaan itu sekaligus menamatkan kekecewaan Team Singapore selama lima hari di Kejohanan Lawan Pedang Remaja dan Kadet Asia selepas para peserta muda negara mengalami kekalahan dalam enam acara yang berlainan.

Esther yang berusia 16 tahun dan pelajar JC1 di Institusi Raffles berjaya meraih kemenangan 15-4 ke atas juara bertahan Miho Yoshimura dalam acara individu pedang.

Yoshimura adalah pemain pedang muda utama Jepun dan menduduki tangga ke-16 dalam Ranking Remaja Sedunia - 60 tangga lebih tinggi daripada Esther.

Kemenangan itu dijangka akan meletakkan Esther di kalangan 20 pemain muda utama dunia apabila ranking baru dikeluarkan kelak.

Meskipun mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan pada awal kejohanan itu, remaja tersebut mencatat kemenangan 15-12 ke atas pemain pedang muda Vietnam Nguyen Thi Luyen di peringkat separuh akhir, sebelum berdepan dengan Yoshimura, 19 tahun.

Remaja itu pada awalnya sudah memenangi dua pingat gangsa bagi acara individu kadet dan pasukan bawah 17 tahun, dan kini akan mempertahankan pingat gangsa kejohanan tahun lalu bagi pasukan perempuan bawah 20 tahun negara.

Di edisi kejohanan sebelum ini di Bahrain dan Arab Saudi, para pemain pedang muda Team Singapore membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan lapan gangsa, salah satu prestasi terbaik pasukan Singapura dalam kejohanan tersebut. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan