Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL: Man Utd tundukkan Chelsea 2-0

Pengurus Manchester United Jose Mourinho memastikan kemenangan 2-0 ke atas bekas pasukan kendaliannya Chelsea pada Ahad (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
EPL: Man Utd tundukkan Chelsea 2-0

Gol kedua Manchester United yang dijaringkan Ander Herrera. (Gambar: AP Photo/ Rui Vieira)

Diterbitkan : 17 Apr 2017 08:33AM Dikemas Kini : 17 Apr 2017 08:36AM

MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho memastikan kemenangan 2-0 ke atas bekas pasukan kendaliannya Chelsea pada Ahad (16 Apr) untuk memberikan persaingan sengit bagi pasukan-pasukan yang sedang merebut gelaran juara Liga Perdana England.

Mourinho pada awalnya kelihatan bermain api dengan sengaja merehatkan penyerang utamanya Zlatan Ibrahimovic, namun jaringan Marcus Rashford dan Ander Herrera memberikan kemenangan kepada United.

Keputusan itu merapatkan jurang antara pendahulu liga Chelsea dengan pesaing terdekatnya Tottenham Hotspurs kepada hanya empat mata dengan baki enam lagi perlawanan.

Kemenangan itu juga membawa United ke tangga kelima, empat mata di belakang Manchester City tetapi United mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Ini pasti menjadikan persaingan lebih menarik apabila kedua-dua jiran itu berentap di Stadium Etihad pada 27 April nanti.

Kejayaan United semalam juga dianggap sebagai satu kemenangan manis bagi Mourinho kerana United dibelasah 0-4 di tangan Chelsea pada Oktober lalu.

Beliau juga dikritik oleh para penyokong pasukan lamanya selepas United kecundang di tangan Chelsea dalam Piala FA bulan lalu.

Keputusan itu sekaligus mengakhiri rekod 12 perlawanan tanpa kemenangan menentang Chelsea.

Kali terakhir United mencatat kemenangan ke atas Chelsea ialah pada Oktober 2012 apabila United menang dengan keputusan 3-2. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan