Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor China dakwa pemerintahnya beri dadah kepada atlit

Seorang doktor China, Dr Xue Yinxian, membuat dakwaan ada program pemberian dadah secara sistematik, merentasi pelbagai jenis sukan di negaranya, pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor China dakwa pemerintahnya beri dadah kepada atlit

Dr Xue Yinxian, membuat dakwaan ada program pemberian dadah secara sistematik, merentasi pelbagai jenis sukan di negaranya, pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2017 07:50PM Dikemas Kini : 22 Oct 2017 07:53PM

BERLIN: Seorang doktor China, Dr Xue Yinxian, membuat dakwaan ada program pemberian dadah secara sistematik, merentasi pelbagai jenis sukan di negaranya, pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an.

Semasa satu wawancara televisyen bersama syarikat penyiaran Jerman, ARD, Dr Xue mendakwa lebih 10,000 atlit terlibat dalam program yang disokong pemerintah itu.

Beliau berkata semua pingat yang dimenangi para atlit China dalam pertandingan besar antarabangsa sepanjang dua dekad terakhir abad ke-20 diperolehi dengan penggunaan dadah dan harus diserahkan kembali.

Menurut Dr Xue, memberi dadah kepada semua atlit adalah wajib bagi pasukan-pasukan yang terlibat dengan beliau.

Jika ada atlit yang enggan mengambil dadah, dia perlu meninggalkan pasukannya.

Para wartawan ARD cuba menghubungi Jawatankuasa Olimpik China dan Kementerian Sukan China bagi mendapatkan respon terhadap dakwaan tersebut tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Sumber : CNA/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan