Cristiano Ronaldo dijangka tandatangani "perjanjian besar" di S'pura esok
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo akan berada di Singapura esok (21 Jul), selama sehari.
SINGAPURA: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo akan berada di Singapura esok (21 Jul), selama sehari.
Pemain kelab Real Madrid itu akan menandatangani satu perjanjian besar serta makan malam bersama pemilik Valencia FC Peter Lim.
Encik Lim juga merupakan pemilik Mint Media. Syarikat itu ditubuhkan dua tahun lalu dan memiliki serta mentadbir hak imej global bagi Ronaldo, kecuali yang berkaitan Kelab Bola Sepak Real Madrid.
Menjawab pertanyaan media, syarikat itu hari ini (20 Jul) menyatakan, Ronaldo akan singgah ke Singapura dalam perjalanan ke China bagi menghadiri acara Mint Media.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.