Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chong Wei tewas ke tangan Lin Dan di peringkat akhir kejohanan Terbuka M'sia

Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan ke-12 Terbuka Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Chong Wei tewas ke tangan Lin Dan di peringkat akhir kejohanan Terbuka M'sia

Lee Chong Wei dan Lin Dan (melihat ke arah bertentangan) berpelukan selepas perlawanan peringkat akhir mereka tamat. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 09 Apr 2017 06:53PM Dikemas Kini : 09 Apr 2017 06:57PM

KUCHING: Jaguh badminton Malaysia Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan ke-12 Terbuka Malaysia, sekali gus memberi seteru utamanya, Lin Dan gelaran pertama kejohanan itu.

Lin Dan jelas masih lawan yang liat buat Chong Wei apabila tunduk 19-21, 14-21 dalam aksi peringkat akhir perseorangan lelaki antara dua pemain handalan dunia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya hari ini (9 Apr).

Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.

Set kedua nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan tiga kekalahan kepada Chong Wei dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.

Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan tersebut.

Rekod pertemuan mereka kini pada 26-12 yang berkelebihan kepada Lin Dan. 

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan