Images
  • EP

Chelsea hanya perlu satu lagi kemenangan untuk juarai EPL

ENGLAND: Chelsea kini hanya perlu satu kemenangan untuk menjuarai Liga.

Ini selepas pasukan itu menundukkan Middleborough 3-0 dalam perlawanan semalam (8 Mei).

Dengan kekalahan itu juga Boro terkeluar dari Liga Perdana.

Diego Costa membuka tirai jaringan bagi Chelsea, sekali gus mencatat gol peribadinya yang ke-20 dalam musim ini.

Ia disusuli dua lagi gol oleh Marcos Alonso dan Nemanja Matic.

Chelsea akan muncul juara jika menang ke atas West Brom Jumaat ini (12 Mei).

Jika kalah sekalipun, Chelsea mempunyai dua lagi perlawanan dalam tangan dan bermain di padang sendiri, apabila menentang Watford dan Sunderland.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top