Chelsea gagal rangkul 2 piala dalam perlawanan akhir Piala FA England
Chelsea gagal dalam merangkul dua piala musim ini selepas kalah di tangan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA England.
ENGLAND: Chelsea gagal dalam merangkul dua piala musim ini selepas kalah di tangan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA England.
Bagi Arsenal pula, ia merupakan kali ketiga ia menjulang piala tersebut dalam empat musim.
Alexis Sanchez meletakkan Arsenal di hadapan hanya selepas ... perlawanan dimulakan.
Dalam babak pertama ini Arsenal menguasai permainan tetapi gagal menambah jaringannya.
15 minit sebelum perlawanan berakhir, Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang.
Victor Moses menerima kad kuning kedua kerana melakukan kesalahan besar.
Bagaimanapun Diego Costa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.
Namun tiga minit kemudian Aaron Ramsey memastikan Piala FA berada di dalam genggaman Arsenal.
Inilah kali ketiga dalam empat musim Arsenal menjulang piala ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.